Assalmualaikum wbt...hmm..baru selesai mengikuti akademi kepimpinan al-Fateh yang diadakan pada 17-19 mac 2011 kat DSAHO KUIN..anjuran BKK MPM..best giler..walaupun jadi peserta celup-celup,bukan pa sebenarnya jd fesi..pengisian yang disampaikan oleh dua orang trainers iaitu Ust. Muhammad Sya'ari abd. Rahman dan Ust. Azuhan Ismail..saya rasa setiap penyampaian yang disampaikan oleh dua org trainers ni sampai kepada peserta yang joint akademi ni..terima kasih saya ucapkan pada dua org traners ni kerana membuka mata kami yang bergelar generasi muda yang sebaya dengan sultan Muhammad semasa penaklukan kota konstantinopel pada 1453M.. sekarang baru btol2 saya knal sape sultan Muhammad Al-Fateh sbenarnya..dan sekarang baru saya tahu kenapa ust. sya'ari betol2 nak kaji tentang sultan Muhammad ni..sungguh hebat sultan Muhammmad klu kita dapat tahu tentang dia..dari segi pengurusannya, pentadbirannya,pemikirannya yang kretif, (Think out of the box),stratigiknya,muamalatnya dgn rakyat, tenteranya, negara2 lain dan pendek kata sumenye lah..rasanya sangat rugi sapa yang tak joint this program..macam2 yang dapat..sahabat-sahabat tak akan rasa menyesal, sbb akhirnya ksan pada diri kita sendiri 2 ada..dan rasa bangga gak la..sbb berpeluang jd generasi akademi alfateh fasa pertama..huhu..saya berharap penyertaan akademi alfateh kali ni walaupun sedikit jumlahnya tp inilah generasi yang akan menjadi bayangan kepada zaman kegemilangan AL FATEH 1453 seperti yang dikatakan Rasulullah (S.A.W):
لتفتحن القسطنطنيه فلنعلم الأمير أميرها فلنعلم الجيش ذلك جيش
."Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)..
salam for all
Saturday, March 19, 2011
Wednesday, March 2, 2011
SIAPAKAH DR.BURHANUDDIN AL-HELMI??
Tokoh Pejuang Kemerdekaan
Tokoh yang saya ingin saya perkenalkan di sini adalah Dr Burhanuddin al-Helmy. Antara mutiara kata beliau yang selalu disebut-sebutkan orang ialah: "Di atas robohan kota Melaka kita dirikan jiwa merdeka."
Dr Burhanuddin ini adalah seorang tokoh agama yang disegani di zaman pra dan pasca-kemerdekaan. Kalau zaman tersebut sudah ada istilah Protaz, maka layaklah beliau menyandang gelaran tersebut memandangkan beliau juga adalah seorang doktor homeopati. Tetapi kita patut bersyukur kerana beliau tidak memperjuangkan benda yang remeh-temah seperti kebanyakkan protaz hari ini.
Dr Burhanuddin adalah antara orang-orang kuat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Antara tokoh-tokoh penting yang lain dalam PKMM ialah Pak Sako, Mokhtaruddin Lasso, dan Ahmad Boestaman. PKMM adalah parti kedua di Tanah Melayu yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Parti pertama adalah Kesatuan Melayu Muda, KMM yang ditubuhkan pada tahun 1938. Sesetengah orang salah faham dengan menganggap UMNO adalah parti pertama yang membela nasib bangsa Melayu. Padahal begitu banyak lagi parti-parti Melayu sebelum UMNO seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA), dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) yang menjadi sayap utama kepada PKMM.
Tetapi malangnya, kita seolah-olah hanya melihat jasa UMNO tanpa mengetahui jasa-jasa yang ditaburkan oleh parti-parti dan pejuang-pejuang yang sebelumnya. Tanpa hembusan api patriotik dari mereka, UMNO ketika itu pasti tidak boleh berjaya. Namun, kita tetap lupa. Tepat apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir: "Melayu mudah lupa". Dan oleh kerana UMNO adalah parti utama orang-orang Melayu hari ini, maka makin ramai ahli-ahlinya yang semakin lupa kepada sejarah tepat bangsa kita yang semakin membonyot layu ini.
Berbalik kepada kisah Dr Burhanuddin al-Helmi ini, beliau telah mengalami sepak terajang kemelut kemerdekaan yang berbagai-bagai, seperti dituduh sebagai radikal dan bersifat pengganas oleh British. Malah pada tahun 1948, ramai ahli PKMM dan API yang ditangkap dan dipenjarakan. Dipendekkan cerita, Dr Burhanuddin al-Helmi ini juga merupakan Presiden PAS yang ke-3 selepas Dr Hj Abbas Alias.
Jadi, apa perkara pokok yang saya ingin bawa sebenarnya dengan mendedahkan kisah Dr Burhanuddin al-Helmi dan sejarah parti politik tanah air secara sepintas lalu ini?
1) Kalau nak berjuang untuk Islam, pastikan bukan berkaitan perkara yang sangat remeh-temeh. Berjuang biar betul-betul. Kita lihat Protaz Prof Dr Burhanuddin. Beliau tahu apa prioriti zamannya, iaitu mendapatkan kemerdekaan. Sebab kalau Tanah Melayu tak merdeka, habis punah akidah anak-anak Islam. Dan habis juga kekayaan Tanah Melayu diambil oleh si puak penjajah. Sekarang kita lihat zaman kita pula. Apakah prioriti kita? Kita jangan terikut-ikut style Protaz zaman sekarang yang kadang-kadang tu mengarut-ngarut idea perjuangannya.
2) Ketahui sejarah kita yang sebenarnya. Jangan fanatik dengan mana-mana parti, baik PAS, UMNO, Keadilan, Gerakan, MCA, MIC, dan sebagainya. Pastikan kita faham dan selidik terlebih dahulu kenapa kita memillihnya. Jangan main ikut-ikut orang. Pendirian jangan ala-ala lalang ditiup angin.
3) Ketiganya, Dr Burhanuddin al-Helmi adalah seorang tokoh terbaik untuk memberikan kefahaman kepada kita semua mengapa kaum muda/'Salafi'/Wahhabi (atau apa pun kamu nak panggil sebab nama tak mengubah apa-apa), bukanlah pilihan terbaik untuk kita mengembangkan Islam ini di seantero dunia.

Subscribe to:
Posts (Atom)